Friday, December 19, 2008

Berbaju Melayu

Kawan2 entah apa tah mimpi aku hr nie telah memakai baju melayu ke opis, yg peliknya semua staff akupun pakai baju melayu jugak......wah2 mcm nak gie majlis kenduri kawin je kita org nie.

Dalam banyak gambar yang aku ambil sdr....gambar nielah yg paling aku suka.....wah2........layan jelah beb.......

Thursday, December 18, 2008

Bosannya.......

Akupun tak tahu knplah aku bosan sgt minggu nie.....tak tahu nak buat apa.
Sepanjang minggu nie mmg terlampau bz sgt aku, gan meting melampak gan reportnya almaklumlah dah nak akhir tahun nie, nak clearkan cuti tak bolehlah pulak, terpaksalah aku keje jugak.
Masa2 nielah aku teringat kat kawan2, kalaulah dpt gie bercuti gan dorang mcm dulu2kan best, tp x dptlah pulak sebab masing2 dah hala tujuan masing2, gan keje, gan yg dah kawin, tinggallah yg single je lg tp masing dah tercampak jauhlah pulak.
Anyway kpd rakan2 semua, aku rindu sgt kat korang............

Wednesday, December 17, 2008

Harap disebarkan maklumat kepada seluruh umat islam di Malaysia

Kalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhiratkelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164: "Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa". ayat ini.pula . "Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui."(Al-Baqarah ayat 42)
`Makanan itu menjadi DARAH & DAGING yang kita usung setiap hari.' Tidak hairanlah apabila kita mudah terpedaya dalam hasutan syaitan & musuh islam. Lalai & malas dalam mengerjakan perintah Allah sbn seterusnya tidak terdaya mencegah amar mak'aruf nahi mungkar. Apakan tidak, apabila darah yang mengalir & daging yang membesar kita sirami dengan makanan yang tidak diberkati seterusnya 'HARAM' untuk dimakan.
WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi. Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:- -Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan) -Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages. -Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu ' Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain? -Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China . Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA) Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya-dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.
Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut. Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan.Siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.
Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL'). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.
Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga 'TIDAK HALAL') selain menghidangkan `noodles @ mee' yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya. Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit. Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).
Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab dinegara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang dijabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM' yang 'TIADASTATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN' JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM? Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka. Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN , HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM. Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:- -WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam, - NEWTOWN Kopitiam -WHITE HOUSE Kopitiam -PAK HAINAN Kopitiam -JOM BALI Kopitiam adalah 'TIDAK HALAL' Merujuk kepada isu yang dinyatakan, sebenarnya selain kita empunya diri yang akan dihisab kerana memberi makan kepada anggota tubuh dengan makanan yang di HARAMkan seharusnya Jabatan Agama mengambil tindakan segera didalam mewajibkan status HALAL & HARAM diperolehi bagi setiap kedai makan @ restoren yang beroperasi. Pihak JAKIM seharusnya menjalinkan kerjasama bersama Majlis Perbandaran yang memberi & mengeluarkan LESEN perniagaan agar MEWAJIBKAN bagi restoren & food court (mungkin tidak termasuk gerai) mempamirkan STICKER TIDAK HALAL. Bagi yang mengatakan restoren mereka adalah HALAL hendaklah mendapatkan sijil & pengesahan Status HALAL daripada JAKIM terlebih dahulu sebelum beroperasi. Ini bertujuan agar UMAT ISLAM dinegara ini tidak dihidangkan makanan yang TIDAK HALAL dengan PENIPUAN apabila hanya dengan menunjukkan sijil halal bagi beberapa produk sahaja dan mengunakan PEKERJA ISLAM yang terpedaya & Jahil. Ini agar umat islam dinegara ini tidak terpedaya dengan Helah pengusaha yang asyik mengejar keuntungan dengan menyajikan makanan HARAM kepada umat islam dengan hanya mengatakan yakni tiada babi & minuman keras dihidangkan (NO PORK & LARD) tetapi sebenarnya ada. Apakah Halal sesuatu makanan itu jika bukan babi yang dihidangkan. Tetapi bagaimanakah jika terdapat isi kandungannya diragui status halal (yakni diperbuat daripada unsur babi itu sendiri).
Selain itu, jika Nasi Lemak serta menu lain boleh disahkan status HALALnya, bagaimanakah dengan pinggan mangkuknya yang telah dibasuh sekali dengan pinggan mangkuk yang menghidangkan menu HARAM ini. tidakkah jatuh hukumnya HARAM jua.

Friday, December 12, 2008

Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah Sukan AADK





Pasukan Bowling Team A dan Team B turut menang, Aku team C kecundang..hhehehehehe

Persembahan Artis Jemputan






Acara perbukaan yang mengempakkan


Ramainya orang, kat mana aku ye.....






Perasmian Sukan Anti Dadah Kebangsaan


Kontijen Dari Putrajaya.......



Kat mana aku ye...ramai sgtlah pula


Simbolik Perasmian



Acara Perbarisan



Tuesday, December 2, 2008

Sukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan


Pada tanggal 27hb yg lepas sehingga 30 disember telah belangsung sukan agensi antidadah kebangsaan. Acara bermula dengan perbarisan kontijen seluruh malaysia yang bertimpat di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Aku telah memasuki salah satu sukan kegemaran aku, iaitu bowling tapi nampaknya nasib tak menyebelahi aku pada sukan kali nie kerana aku telah mendapat tempat ke enam...... Huaaaaaaaa......sedihnya ingatkan dapat hadiah.....







Baju aku masa upacara perbarisan dan jersi untuk sukan sukan bowling bagi kontijen putrajaya







Acara penutup yang gilang gemilang







Noraniza Idris dan Akasia turut memeriahkan malam penutup






Dato' KP tidak melepaskan peluang berduet dgn artis jemputan

Tuesday, November 25, 2008

Aktiviti Hujung Minggu



Pada hujung minggu yang lepas apartment tempat aku tinggal telah mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan taman permainan. Ramailah jugak yang turun, aku sdrpun baru first time joint aktiviti gotong royong selalunya hujung minggu aku ada kelas, tapi skrg nie tgh semester break so dapatlah joint.
Penat jugaklah bayangkan dari kul 8 pagi hingga 12 tgh hari nasib baik cuacapun redop je, kalau tak mahu pengsan di buatnya. korang nak tahu apa yg aku masa kat sana.......hehehehehe
Akhirnya merasa jugak aku naik, masa kecil dulu tak de....hehehhehe

Monday, November 24, 2008

Berhati - Hatilah.......

Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita..

Berhati2 semua terutama para wanita.
Bahaya

Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.

" AMARAN DARI PIHAK POLIS BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan.. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain..

Friday, November 21, 2008

Selamat Berhujung Minggu

Cepat betul masa berlalu, sedar tak sedar dah hari jumaat dah rupanya....... Makin mala makin terasa yg usia aku dah nak makin meningkat dah nak masuk bulan december dah nie, pastu dah masuk tahun 2009, lamak, makin tualah aku di buatnya.......tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.......

Minggu nie memang aku terasa penat sgt sbb banyak sgt paper nak buat tuk meting minggu nie, bukan setakat paper tapi aku kena atend meting sekali, aduh lebihnya badan, dahlah minggu depan ada sukan agensi andidadah, lagi terasa penat walaupun aku masuk acara sukan yg tak memenatkan sgt, acara kegemaran aku......bowling............

Kepada semua, selamat berhujung minggu, akupun tak sabar rasanya nak berehat kat umah almaklumlah studypun tgh semester break, bestnya dpt rehat kat umah........

Thursday, November 20, 2008

Smartlah pulak.......



Smlm aku tengoklah gambar2 aku yg lepas2, terjumpalah satu gambar nie dan smartlah pulak gambar nie, bukannya ambil dalam studiopun tp tumpang backgound kat umah kawan aku masa majlis kawin dia......gambar yg paling smart dan yg paling aku suka sekali....


Gambar yg nie pulak jgnlah korang salah anggap, bukan awek aku, isteri org nie.....mampus aku kena tembak sbb suami dia keje TUDM.hehehehe.... dia nie di antara bekas lecture aku masa aku study dulu dan merangkap diantara kawan baik aku........ sebut pasal masa study dan kawan baik nie teringat kat kawan2 aku masa study, apa cerita dorang ye, lama sgt menyepi........ "dorang yg menyepi ke atau aku yg menyepi....hehehehehe"

Tuesday, November 18, 2008

Bila Kita Sayang......

Bila kita sayang orang tu
Kita terima je apa yg dia kata
Semuanya kita telan je
Sebab hati kata takpe manusia tak perfect....
Bila kita sayang orang tu
Kita tunggu dia lama pun takpe, tak kisah
Hati kata adatlah ada yg menunggu dan ditunggu
Tapi bila dia kena tunggu kita sekejap pun dia marah2
Bila kita sayang orang tu
Kita tak tido pun takpe, layan dia yg tengah bosan, teman dia main bola
Tapi bila kita bosan, dia tak pernah ada disamping kita
Hati kata takpe, dia busy kot
Bila kita sayang orang tu
Dia marah pun kita diam je
Tapi bila kita tegur dia sikit pun dia dah bising
Hati kata takpe, dia tgh tension tu
Bila kita sayang orang tu
Kita sms dia tak balas, kita kol nak cakap ngan dia, dia pasang radio sebab malas cakap ngan kita
Bila jadi camtu hati kata takpe sabar je mungkin dia badmood
Bila kita sayang orang tu
Kita bercerita dengan dia ibarat cerita ngan tunggul
Tapi bila dia bercerita ngan kita, kita bagi sepenuh perhatian, sepatah2 kita ingat Hati kata takpe, sayang la katakan
Bila kita sayang orang tu
Kita lapar, ajak dia gi makan dia kata nanti2la
Tapi bila dia lapar, kita lak sibuk, dia boleh marah2 cakap kita tak sayang dia
Hati kata sabarlah, jaga hati dia, sian dia
Bila kita sayang orang tu
Kita sanggup bagi dia rest bila dia letih
Tapi bila kita letih dia suruh jugak kita layan dia
Adil ke? Hati kata ala bukan selalu pun
Bila kita sayang orang tu
Kita jadi cam orang gila bila tahu dia sakit
Tapi bila kita sakit dia tak pernah nak ambil tahu, sibuk dengan keje dia
Hati kata ala takpe, takkan dia nak berkepit ngan kita je 24 jam
Bila kita sayang orang tu
Kita tak pernah pentingkan diri sendiri
Tapi dia hipokrit
Hati kata takpe dia memang camtu kena lah terima
Bila kita sayang orang tu
Kita taknak kehilangan dia selama2nya
Kita sakit dan berdepan dengan maut
Tapi dia kata kita mengarut je
Hati kata camnelah dia bila kita takde, mesti dia happy
Bila kita sayang orang tu
Kita tak sanggup tengok dia derita
Tapi dia tak pernah hargai diri kita
Hati kata takpe, mungkin dia tak tahu betapa dalamnya kasih sayang kita untuk dia
Bila kita sayang orang tu
Kita sanggup tinggalkn dia kalau itu boleh buat dia bahagia
Tapi adakah dia faham pengorbanan kita itu???
Fikir - fikirkanlah......

Bosan..........



Ku sebenarnya tgh bosan sgt tak tahu nak buat apa hari nie, keje memeng tgh banyak tapi di sebabkan malas nak fikir di samping melayankebosanan aku, nilah jadinya...hehehehhehehe

Monday, November 17, 2008

Majlis Perkahwinan Abg Long


Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada abg long aku yang telah berlangsung pada oktober yang lepas. Sorrylah lambat nak masukkan dalam blog nie, tak sempatlah beb. jadi, aku masukkan beberapa gambar untuk tatapan semua......


Kepenatan nie......baru sempat nak mkn

pengapit pengantin yg lebih over dr pengantin...hehehehe dan mak akulah org yg paling gembira

Pengantin di julang di bawa berarak.......

Friday, November 14, 2008

Indahnya Kota Kinabalu......



Pada 12hb yg lepas aku telah ke sabah......ada urusan keje di sana.
Pada mulanya masa di dalam flight mmg tak sabar nak sampai di kota kinabalu. Masa flight melintasi laut China Selatan, Pemandangan amat menarik dapat di lihat itu yg membuatkan aku lagi tak sabar nak sampai ke Kota KInabalu.
Bila mendarat je kapal terbang di lapang terbang aku terus keluar dalam keadaan kelamkabut, bukannya tak sabar nak keluar....tapi aku tak tahan sakit perut. hehehehhe. Itu yg Nak cpt.
Tak banyak sgat gambar yang aku ambil kat sana maklumlah aku sampai rabu, khamis nak blk, so adalah gambar sikit je, itu pemandangan dr blk hotel aku, cantik sgt dan tenang je bila pandang ke luar.
Seronok jugak, lepas je mkn tgh hari, aku terus ke opis AADK, negeri Sabah untuk buat lawatan opis dan selepas tu, apa lagi, shopinglah beb, banyak giler barang aku beli kat Pasar Philipene pai dekat RM200++lah aku hbskan duit di sana.
Keesokkan paginya aku kena gie Pusat Serenti Papar untuk melawat tapak dan mesyuarat gan consultan, kontraktor serta gan pengurusan pusat serenti papar.

Kerja Baru


Alhamdulillah.......aku bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan izinnya dapat jugak aku kerja jawatan tetap di sektor kerajaan. Dr tahun 2002 aku berkerja di Jusco, 2004 di petronas dan mulai oktober hari tu aku mula keje di Agensi Anti Dadah Kebangsaan sebagai Penolong Pegawai Antidadah......................

Thursday, November 6, 2008

Gambar Masa Raya



Nielah gambar aku masa di hari raya.... Tak de yang menarikpun masa raya hari tu...almaklumlah aku demam, so banyak duduk umah je.....
Buat kawan2 semua, sorry lama tak update blog aku nie, tak sempatlah beb.....

Thursday, September 25, 2008

Harga Minyak Turun

Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan RON92 dikurangkan 10 sen iaitu masing-masing daripada RM2.55 seliter kepada RM2.45 seliter dan RM2.40 seliter kepada RM2.30 seliter berkuat kuasa esok.
Pada masa sama, harga runcit diesel juga dikurangkan 10 sen iaitu daripada RM2.50 seliter kepada RM2.40 seliter.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Jemaah Menteri dalam mesyuarat hari ini membuat keputusan itu setelah mengambil kira harga purata minyak dunia sebulan terakhir ini yang mengalami penurunan yang ketara.

Harga minyak di pasaran dunia kini ialah sekitar AS$109 setong berbanding hampir AS$140 setong pada Mei lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini petang ini, Abdullah berkata, harga minyak itu juga diturunkan kerana kerajaan menyedari orang ramai mula pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri bermula hujung minggu ini.

Beliau berharap penurunan harga petrol dan diesel dapat meringankan beban rakyat.
“Untuk tempoh sebulan terakhir, harga minyak dunia mengalami turun naik ketara. Namun secara purata, ia menurun sedikit berbanding harga purata sebelumnya.
“Namun begitu, nilai ringgit berbanding dolar Amerika pula menyusut sepanjang tempoh yang sama,” ujarnya.

Perdana Menteri berkata: “Dengan mengaplikasikan formula yang diguna pakai oleh kerajaan dalam menentukan harga runcit minyak sebelum ini, pengurangan 10 sen ini ialah nilai pengurangan maksimum yang dapat diberi oleh kerajaan.”

Abdullah memberitahu, keputusan untuk melakukan pelarasan harga petrol dan diesel itu juga dibuat kerana mesyuarat Jemaah Menteri pagi ini adalah yang terakhir untuk September dan sebelum sambutan Aidilfitri pada 1 Oktober ini.

Beliau berkata, harga baru petrol dan diesel itu merupakan pelarasan harga kedua dilakukan oleh kerajaan setelah pelarasan pertama pada 23 Ogos lalu.

Pada Jun lalu, kerajaan menaikkan harga minyak buat pertama kalinya pada tahun ini. Ketika itu harga petrol ditetapkan pada RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Dengan penurunan harga minyak hari ini, ini bermakna dalam tempoh tiga bulan lalu kerajaan telah menurunkan harga petrol sebanyak 25 sen seliter.

Wednesday, September 24, 2008

Tinggal Kenangan










Inilah gambar tempat keje aku, tapi selepas nie semuanya akan jadi kenangan semata2...hehehehehe. Lagi 2 hari je aku keje kat sini, lepas nie tak delah lagi aku dapat menikmati pemandangan indah dr opis aku. Bila tansen tu, selalunya aku menikmati permandangan di luar tingkap opis aku, sebab opis aku tingkat 76 so pemandangan yang indah memberi seribu ketenagan tp lps nie dah tak boleh dah. Lepas nie, kena layan perasaan jelah....

Pada kawan2 semua di KLCC yang pernah keje sama gan aku, halalkan mkn minum aku, pohon ampun dan maaf kat korang semua.......................................

Cepat Masa Berlalu





Sedar tak sedar, rupanya dah 24 hari kita berpuasa.....dah nak raya rupanya....cepatnya masa berlalu......kepada kawan2 yg tgh sibuk gan persiapan hr raya, jgnlah membazir, ingat2lah kepada org yg kurang upaya di luar sana........

Tuesday, September 23, 2008

PANDUAN UNTUK SEMUA DI HARI RAYA NI........

SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG North Bound
*Around Ayer Hitam in 60km/h zone. *Before Perwaja Steel. *Sg Petani junction. *Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll. *PenangBridgeat island end.Speed limit 80km/h. South Bound *PenangBridgeisland end. Speed limit 80km/h. *About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.

SPEED TRAPS IN PERAK North Bound
*Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction. *Under the bridge at 204.3km, after Kamunting Junction. *Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction. *Under the bridge at 214.8km, before Kamunting junction. *Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h. *Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction. *Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction. *Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction. *Under the bridge at 296km, Gopeng Junction. *Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction. *Under the bridge at 353km, Sungkai Junction. *Under the bridge at 373km, Slim River Junction. South Bound *Under the bridge at 199km, before Kamunting junction. *Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsar junction. *Under the sign post at 296.1km, before Gopeng Junction. *Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction. *Under the bridge at 300km, after Gopeng junction. *Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction. *Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction.

SPEED TRAPS IN CENTRAL REGION. PLUS North Bound
*Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction. *Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange. *Under the overhead restaurant at Sg Buloh. *Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km. *Under the bridge at 296.5km, Bangi junction. *Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction. *Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction. PLUS South Bound *Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby. *Under the bridge after Subang junction at 11.3km. *Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction. *Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only! *Under the bridge at 302.8km, Kajang junction. *About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes *At 296.5km and 297km, Bangi junction. *Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction. *At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction. *On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction. *After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park. *Behind the right hand crash barrier at 198.4km.

Elite Central Link East/North Bound
*On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit *Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone! *Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km. Elite Central Link West/South Bound *Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone! *Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km. *After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover. 90km/h

NKVE East/North Bound
*300m before Jalan Duta toll, 60km/h! *Behind crash barrier on the left when going toward Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h! *Below bridge at Damansara Junction, 17.5km NKVE West/South Bound *Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3 km and 25.7km, 80km/h! *From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone! *From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km. *Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km *Below railway bridge at 11.2km *Under the bridge at Shah Alam junction.

Kesas East Bound
*Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction. Kesas West Bound *At Sg Besi side of East Bound Toll.

Kuala LumpurCity
*Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone. Klang *Dual carriageway between Klang and Port Klang. Toward Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only! East Coast *Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow. *East bound, downhill run after Raub junction. *Maran, 60km/h zone. *Paya Bungor, 70km/h zone.

SPEED TRAPS IN JOHOR North Bound *No known location. South Bound *Tangkak junction. *Under the bridge after Yong Peng North junction *at 97.3km. *Ayer Hitam junction. *Sedenak junction.

Selamat memandu dan berhati2 di jalan raya

LAILATUL QADAR..

"LEPAS BASUH PINGGAN, IKUT ABAH PERGI MASJID," KATA ABAH SEPARUH MEMERINTAH.AKU MEMANDANG KEPADA EMAK. EMAK ANGGUK SAHAJA. MAKSUDNYA EMAK MAHU AKU IKUT ABAH SOLAT SUBUH KE MASJID. JANGAN MELAWAN.

NAMPAKNYA, AKU KENA BATALKAN NIAT UNTUK SAMBUNG TARIK GEBAR SELEPAS YANG BERSAHUR.

AKU BONCENG DI BELAKANG. KAMI TIDAK PAKAI HELMET. KOPIAH SAHAJA.

GANJIL. DALAM CAHAYA SURAM MENJELANG SUBUH, AKU LIHAT KUBAH MASJID BERADA DI TANAH. BUKAN DI BUMBUNG MASJID. AJAIB.

ABAH MACAM TIDAK NAMPAK KEGANJILAN ITU. AKU CUIT BAHU DIA DAN TUNJUKKAN KE ARAH KUBAH YANG BERADA DI TANAH. MUNGKIN KUBAH ITU TENGAHSUJUD FIKIR AKU.

"KENAPA?" TANYA ABAH."LAILATUQADAR," KATA AKU DENGAN JARI MASIH MENUNJUK KEPADA KUBAH."KEPALA OTAK ENGKAU. BERAPA LAMA ENGKAU TAK KE MASJID?"

TIDAK PASAL-PASAL AKU KENA MARAH. ROSAK PENGALAMAN SUCI AKU INI."DIORANG TENGAH RENOVATE MASJID LA. BUMBUNG MASJID BOCOR.. PASAL TU KUBAH TU DORG ANGKAT LETAK KAT TANAH..BODOH," SAMBUNG ABAH MEMAKILAGI.

KALAU EMAK ADA DI SINI TENTU DIA ANGGUK SAHAJA. TERIMA SAHAJALAH. JANGAN MELAWAN. KADANG-KADANG ABAH LUPA YANG AKU TIDAK DUDUK KAMPUNGLAGI.

AKU CUMA PULANG UNTUK CUTI RAYA.
JGN MARAH YE.......HEHEHEHE

Monday, September 22, 2008

Minggu Terakhir.......

Semua nie akan menjadi kenangan je selepas nie......selepas ini mulalah hidup baru aku sebagai kakitangan kerajaan.... Di saat minggu terakhir nie, terasa terharu pulak nak tinggalkan semua kawan2 di KLCC nie. Dah hampir 5 tahun aku berkerja gan petronas di KLCC, dan terlampau banyak kenangan pahit dan manis aku di sini, tapi apakan daya.......

Kepada kawan 2 semua, ku POHON ampun maaf dan halalkan makan minum aku dan InsyaAllah kita berjumpa lagi.....