Tuesday, November 25, 2008

Aktiviti Hujung Minggu



Pada hujung minggu yang lepas apartment tempat aku tinggal telah mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan taman permainan. Ramailah jugak yang turun, aku sdrpun baru first time joint aktiviti gotong royong selalunya hujung minggu aku ada kelas, tapi skrg nie tgh semester break so dapatlah joint.
Penat jugaklah bayangkan dari kul 8 pagi hingga 12 tgh hari nasib baik cuacapun redop je, kalau tak mahu pengsan di buatnya. korang nak tahu apa yg aku masa kat sana.......hehehehehe
Akhirnya merasa jugak aku naik, masa kecil dulu tak de....hehehhehe

Monday, November 24, 2008

Berhati - Hatilah.......

Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita..

Berhati2 semua terutama para wanita.
Bahaya

Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.

" AMARAN DARI PIHAK POLIS BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan.. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain..

Friday, November 21, 2008

Selamat Berhujung Minggu

Cepat betul masa berlalu, sedar tak sedar dah hari jumaat dah rupanya....... Makin mala makin terasa yg usia aku dah nak makin meningkat dah nak masuk bulan december dah nie, pastu dah masuk tahun 2009, lamak, makin tualah aku di buatnya.......tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.......

Minggu nie memang aku terasa penat sgt sbb banyak sgt paper nak buat tuk meting minggu nie, bukan setakat paper tapi aku kena atend meting sekali, aduh lebihnya badan, dahlah minggu depan ada sukan agensi andidadah, lagi terasa penat walaupun aku masuk acara sukan yg tak memenatkan sgt, acara kegemaran aku......bowling............

Kepada semua, selamat berhujung minggu, akupun tak sabar rasanya nak berehat kat umah almaklumlah studypun tgh semester break, bestnya dpt rehat kat umah........

Thursday, November 20, 2008

Smartlah pulak.......



Smlm aku tengoklah gambar2 aku yg lepas2, terjumpalah satu gambar nie dan smartlah pulak gambar nie, bukannya ambil dalam studiopun tp tumpang backgound kat umah kawan aku masa majlis kawin dia......gambar yg paling smart dan yg paling aku suka sekali....


Gambar yg nie pulak jgnlah korang salah anggap, bukan awek aku, isteri org nie.....mampus aku kena tembak sbb suami dia keje TUDM.hehehehe.... dia nie di antara bekas lecture aku masa aku study dulu dan merangkap diantara kawan baik aku........ sebut pasal masa study dan kawan baik nie teringat kat kawan2 aku masa study, apa cerita dorang ye, lama sgt menyepi........ "dorang yg menyepi ke atau aku yg menyepi....hehehehehe"

Tuesday, November 18, 2008

Bila Kita Sayang......

Bila kita sayang orang tu
Kita terima je apa yg dia kata
Semuanya kita telan je
Sebab hati kata takpe manusia tak perfect....
Bila kita sayang orang tu
Kita tunggu dia lama pun takpe, tak kisah
Hati kata adatlah ada yg menunggu dan ditunggu
Tapi bila dia kena tunggu kita sekejap pun dia marah2
Bila kita sayang orang tu
Kita tak tido pun takpe, layan dia yg tengah bosan, teman dia main bola
Tapi bila kita bosan, dia tak pernah ada disamping kita
Hati kata takpe, dia busy kot
Bila kita sayang orang tu
Dia marah pun kita diam je
Tapi bila kita tegur dia sikit pun dia dah bising
Hati kata takpe, dia tgh tension tu
Bila kita sayang orang tu
Kita sms dia tak balas, kita kol nak cakap ngan dia, dia pasang radio sebab malas cakap ngan kita
Bila jadi camtu hati kata takpe sabar je mungkin dia badmood
Bila kita sayang orang tu
Kita bercerita dengan dia ibarat cerita ngan tunggul
Tapi bila dia bercerita ngan kita, kita bagi sepenuh perhatian, sepatah2 kita ingat Hati kata takpe, sayang la katakan
Bila kita sayang orang tu
Kita lapar, ajak dia gi makan dia kata nanti2la
Tapi bila dia lapar, kita lak sibuk, dia boleh marah2 cakap kita tak sayang dia
Hati kata sabarlah, jaga hati dia, sian dia
Bila kita sayang orang tu
Kita sanggup bagi dia rest bila dia letih
Tapi bila kita letih dia suruh jugak kita layan dia
Adil ke? Hati kata ala bukan selalu pun
Bila kita sayang orang tu
Kita jadi cam orang gila bila tahu dia sakit
Tapi bila kita sakit dia tak pernah nak ambil tahu, sibuk dengan keje dia
Hati kata ala takpe, takkan dia nak berkepit ngan kita je 24 jam
Bila kita sayang orang tu
Kita tak pernah pentingkan diri sendiri
Tapi dia hipokrit
Hati kata takpe dia memang camtu kena lah terima
Bila kita sayang orang tu
Kita taknak kehilangan dia selama2nya
Kita sakit dan berdepan dengan maut
Tapi dia kata kita mengarut je
Hati kata camnelah dia bila kita takde, mesti dia happy
Bila kita sayang orang tu
Kita tak sanggup tengok dia derita
Tapi dia tak pernah hargai diri kita
Hati kata takpe, mungkin dia tak tahu betapa dalamnya kasih sayang kita untuk dia
Bila kita sayang orang tu
Kita sanggup tinggalkn dia kalau itu boleh buat dia bahagia
Tapi adakah dia faham pengorbanan kita itu???
Fikir - fikirkanlah......

Bosan..........



Ku sebenarnya tgh bosan sgt tak tahu nak buat apa hari nie, keje memeng tgh banyak tapi di sebabkan malas nak fikir di samping melayankebosanan aku, nilah jadinya...hehehehhehehe

Monday, November 17, 2008

Majlis Perkahwinan Abg Long


Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada abg long aku yang telah berlangsung pada oktober yang lepas. Sorrylah lambat nak masukkan dalam blog nie, tak sempatlah beb. jadi, aku masukkan beberapa gambar untuk tatapan semua......


Kepenatan nie......baru sempat nak mkn

pengapit pengantin yg lebih over dr pengantin...hehehehe dan mak akulah org yg paling gembira

Pengantin di julang di bawa berarak.......

Friday, November 14, 2008

Indahnya Kota Kinabalu......



Pada 12hb yg lepas aku telah ke sabah......ada urusan keje di sana.
Pada mulanya masa di dalam flight mmg tak sabar nak sampai di kota kinabalu. Masa flight melintasi laut China Selatan, Pemandangan amat menarik dapat di lihat itu yg membuatkan aku lagi tak sabar nak sampai ke Kota KInabalu.
Bila mendarat je kapal terbang di lapang terbang aku terus keluar dalam keadaan kelamkabut, bukannya tak sabar nak keluar....tapi aku tak tahan sakit perut. hehehehhe. Itu yg Nak cpt.
Tak banyak sgat gambar yang aku ambil kat sana maklumlah aku sampai rabu, khamis nak blk, so adalah gambar sikit je, itu pemandangan dr blk hotel aku, cantik sgt dan tenang je bila pandang ke luar.
Seronok jugak, lepas je mkn tgh hari, aku terus ke opis AADK, negeri Sabah untuk buat lawatan opis dan selepas tu, apa lagi, shopinglah beb, banyak giler barang aku beli kat Pasar Philipene pai dekat RM200++lah aku hbskan duit di sana.
Keesokkan paginya aku kena gie Pusat Serenti Papar untuk melawat tapak dan mesyuarat gan consultan, kontraktor serta gan pengurusan pusat serenti papar.

Kerja Baru


Alhamdulillah.......aku bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan izinnya dapat jugak aku kerja jawatan tetap di sektor kerajaan. Dr tahun 2002 aku berkerja di Jusco, 2004 di petronas dan mulai oktober hari tu aku mula keje di Agensi Anti Dadah Kebangsaan sebagai Penolong Pegawai Antidadah......................

Thursday, November 6, 2008

Gambar Masa Raya



Nielah gambar aku masa di hari raya.... Tak de yang menarikpun masa raya hari tu...almaklumlah aku demam, so banyak duduk umah je.....
Buat kawan2 semua, sorry lama tak update blog aku nie, tak sempatlah beb.....