Tuesday, May 27, 2008

Last Day



Hari nie merupakan terakhir aku berkerja dan selepas nie aku akan bercuti panjang selama sebulan. Lama jugak aku bercuti. Bukanlah aku ambil cuti suka2, tp aku akan buat pembudahan untuk membuang sinus dan juga tosil. Tak tahulah cukup ke tak cuti aku nie.

Sebenarnya, aku nie tgh berdebar jugak, tak tahulah cam mana nanti. Esok aku dah masuk Hospital dan 29hb aku dah lakukan operation. Risaunya aku, harap2 tak de apa2lah nanti. Harap kwn2 doakan aku cepat sembuh.......Amin....

Rajinnya....


Ada jugak org yg rajin...hhehehehehehhehe......kadang2 kita nie tak perasan ada benda yg kita buat tu, ada keistimewaannya, walaupun benda tu simple je....tp kalau di perhatikan setiap hasil yg kita buat tu ada seninya.,....

Anyway, thanks my dear, rajin betul buat benda2 cam nie walaupun jauh di mata, dekat di hati, wahhhhhhhhhhhhhhhh...........tak ingat ayatnya...hehehehhehehehehehe. lain kali bolehlah buat lagi kalau rajin......

Friday, May 23, 2008

kejohanan Bowling




Baru2 nie opis aku ada buat kejohanan bowling yang berlangsung di time square. Dah lama jugaklah aku tak main bowling nie, tapi mengatal punya pasal aku joint jugaklah, walaupun masa mula2 tu aku tak bersemangat sgt maklumlah, bukan dorang semua jabatan pun. Mula2 perancangan dorang ajak jabatan yang terlibat gan projek kat malaysia je, entah cam mana, jabatan akupun di jemput jugak, so apa lagi.....akupun jointlah.

Memang best jugak main bowling budak opis aku nie, memang lawak beb, ada yg siap pakai jubah, baju kurung aku je yang bersemangat siap salin pakaian....hehehehe. mula2 aku main biasa2 je, tengok semua macam biasa je so aku malaslah nak main betul2. Ramai jugak yg bagi tahu yg dorang baru first time main, so lagilah aku malas nak main betul2.

Entah cam mana, lepas hbs satu frame, exec aku aku paling tinggi jatuhan pin dan aku pulak di tempat kedua. tak jauh pulak tu bezanya dia gan aku. aku apa lagi......dah tak boleh main dah nie. Kena buat betul2 jugak. Lepas je hbs frame kedua, jatuhan pin aku terlampau jauh dr exec aku tu, so untuk frame seterusnya, aku apa lagi, aku pastikan jatuhan pin aku taklah jauh sgt gan dia dan akhir, aku mendapat jatuhan pin terbanyak bagi lelaki walaupun aku rasa aku main entah macam apa masa tu.....

Anyway aku enjoy sgt gan aktiviti yang opis aku buat, bilalah dorang plan nak buat lagi agaknya......

Thursday, May 22, 2008

Keistimewaan Anak Adam

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya,"Setiap anak Adam akan dijaga oleh
dua malaikat. & gt; Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari
yang sebelah kiri.

Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan

bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?"
Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan."

Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"
Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh

Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang

lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarka nnya lalu berkata,"Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat

merosakkan anak Adam."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya

hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

Aktiviti luar






Inilah member2 aku yang satu opis gan aku, daripada bos besar sampailah ke kuli batak macam aku nielah. kalau tak silap aku, tea ladypun ada jugak kat situ.hehehehe. Walaupun cam tu, masih ada lagi yg tak de kat situ, kalau tak silap akulah. Tapi tak tak pe.dorang memang hapening dan best sgt..........

Di sini aku nak ceritakan masa opis aku buat aktiviti luar, kita org plan main go-chart gan pinball. memang best sgt masa tu walaupun ramai yg baru first time, termasuklah aku jugak...hehehhehehehe.

Sebenarnya semua aktiviti ini adalah kesenambungan dari teambuilding yang opis aku buat. wah meriahnya, dah nak 4 tahun keje, first time baru dapat pergi, kalau tak sebelum nie asyik kena cover opis je, bosan beb, tinggal kat opis sorang2. Nasib baik Senior General Manager nak jugak semua staf pergi, jgn ada yg tinggal, slmtlah aku dr ken cover kat opis.

Anyway banyak aktiviti yang best masa kat sana tp, dua aktiviti nielah yg lebih menarik perhatian aku, so.....aku tak tak sabar nak tunggu team building yang seterusnya.........

Kadang kadang kita terlupa

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

1.
Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2.
Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3.
Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4.
Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5.
ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6.
Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7.
Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8.
Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9.
Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10.
Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
11.
Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12.
Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13.
Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
14.
Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15.
Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16.
Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
17.
Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
18.
Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
19.
Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
20.
Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
21.
Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
22.
Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23.
Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
24.
Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
25.
Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
26.
Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari
27.
Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
28.
Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
29.
Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
30.
Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari
31.
Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
32.
Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33.
Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
34.
Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
35.
Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari
36.
Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37.
Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud
38.
Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
39.
Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim
40.
Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
41.
Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
42.
Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih
43.
Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
44.
Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
45.
Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud
46.
Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
47.
Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
48.
Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
49.
Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
50.
Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Indahnya Ciptaan Ilahi



Indahnya Ciptaan Ilahi. Bukan semua org boleh menikmati keindahan kehijauan alam semula jadi ciptaan yang maha esa.


Sebenarnya gambar yang aku tunjukkan kat korang nie adalah masa aku mendaki gunung datuk pada bulan febuari lalu.....dah dekat 4 bulan dah berlalu. dah lama jugak aku tak mendaki gunung, last sekali semasa kat Uni dulu, tahun 2002 rasanya. Kalau Nak di ceritakan pengalaman aku masa tu, memang kelakar...hehhehehehe. Mula2 je semangat. tak sampai setengah jalanpun lagi aku dah rasa mcm nak seperuh mati. teringat pulak gan member aku yg joint sekali masa tu boleh ckp"Kenapalah aku buat keje bodoh nie, duduk umahkan lagi best"
kalau nak fikirkan memang betul jugak ckp bdk tu, tp demi semangat yg kental aku teruskan jua perjalan aku menuju ke puncak. Kalau nak di fikirkan memang lawak, mula2 mendaki tu, memang aku kat depan, tapi akulah org yang terakhir sampai di puncak gunung....hehehehhehehe.

Bila berapa di puncak gunung, kenikmatannya mula dapat aku rasanya, rupanya tak sia2 keje yg aku buat dari pagi keluar rumah menuju ke Gunung Datuk, tgh hari baru sampai puncak gunung. barulah dapat aku merasai dan menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Ilahi............................


My Family

Inilah gambar family aku, comel2kan semuanya.......hehehehe, kebanyakkan adk beradik aku ikut ibu aku, tu yang semuanya comel2 belaka, tapi tak pe, walaupun comel, kami keluarga yg sihat. Tapi pelikkan, org cakap, bila yg comel nie, jenis kuat mkn, tp family aku taklah pulak. Pelikkan. Tp mungkin faktor keturunan kot, arwah datuk akupun jenis berisi jugak........



Ini pulak gambar kedua ibu dan ayah, the best couple of the world bagi aku, tp biasalah adat berumah tangga, memang ada pahit dan manisnya. Aku amat ber terima kasih kat ibu gan ayah yang telah mendidik aku selama nie. aku nie bukanlah baik sgt, daripada kecil sampai ke besar, macam2 ragam aku buat. Kalau di kenangkan kembali memang tak terbalas rasanya jasa dorang kat aku yang membesar dan mendidik aku. Hanya yg dpt aku beri, kasih sayang yang tak putus2 kepada kedua org tua ku yang telah mendidik dan membesarkan aku selama nie sehingga menjadi org yang berguna............

Wednesday, May 21, 2008

Pertama kali nak buat.........


Assalamualaikum..........
Sebenarnya nie merupakan first time aku nak buat blog, kiranya nie adalah percubaan yang pertamalah....Thanks my dear sebab ajarkan walaupun dia jauh di kelantan....hehehehhehe...anyway.....let's enjoy dengan apa yang ada kat dlm nie..........

Sebenarnya hari keje banyak sgt kat opis....maklumlah pas nie nak cuti panjang, jd semua keje kena siapkan jugak... tp entahlah...mood kurang kot nak buat keje..lagilah bos tgh tak de ada meeting, so bertambah malaslah aku nak buat keje, jd buat jelah perlahan2, nanti kalau tak siap, bos bising pulak.......hehhehehe