Friday, January 2, 2009

Selamat Tahun Baru

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua kawan2 yang mengunjungi blog aku dan jugak kepada org tersyg. hehehehhehehehe....
Sungguh cepat masa berlalu, tanpa kita sedari kita dah melangkah ke tahun baru 2009. Rasa mcm baru je kita sambut tahun baru 2008 dah tukar tahun 2009 rupanya tanpa kita sedari. Pejam celik rupanya aku dah makin tua dah tahun nie, mcm tak percaya je....
Tak byk perkara yg menarik yg berlaku sepanjang tahun 2008 nie dan yg paling aku tak dpt lupakan iaitu yg paling manis dalam hidup pada tahun 2008 adalah aku dpt keje baru sebagai kakitangan awam, maknanya keje di sektor kerajaanlah, jawatan tetap lagi. Alhamdulillah.......
Perkara pahit yg tak dapat aku lupakan sepanjang tahun 2008, ialah aku telah membuat operation membuang tosel dan sinus yg mana ianya telah mengganggu saluran penafasan aku. Tuhan sajalah yang tahu betapa sakit lepas operation tu, 14 hari aku duduk hospital...... Alhamdulillah, skrg aku dah makin pulih.
Harap2 tahun 2009 banyak memberi kenangan indah dan kebahagiaan kepada aku.....dan kepada semuapun aku harap begitu jugak......
Anyway.....selamat tinggal 2008 dan selamat dtg 2009

1 comment:

:: fAzRa :: said...

selamat tahun baru...

yg tersyg? sape tu??aaa......